Sunday 22 May 2016

WARUNG D-COCONUT


SIGNBOARD WARUNG D-COCONUT 


         Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.  Apa khabar ,hari ini saya akan bercerita tentang tempat yang saya singgah ini dipanggil “WARUNG D-COCONUT” yang terletak di Jalan Zachariah di Kampung Sungai Gatom, Labis 85300 Johor. Warung ini dipanggil WARUNG D-COCONUT disebabkan keadaan sekeliling warung tersebut hanya dikelilingi banyak pokok kelapa bukan sahaja hanya beroperasi waktu pagi sahaja, malah turut beroperasi pada waktu petang sehingga pada waktu malam jam 2300. 



WARUNG D - COCONUT

Warung ini telah dibuka pada 2 bulan lepas dan bukan setakat mempunyai kemudahan seperti gerai, dan kolam ikan untuk memberikan keselesaan para pelanggan sahaja malahan turut menyediakan kemudahan seperti tandas dan satu buah chalet bagi para pelanggan menginap di tempat tersebut mengikut tempoh atas kehendak para pelanggan tersebut.



TERDAPAT SEBUAH KOLAM IKAN BERHAMPIRAN MEJA MAKAN DI WARUNG D-COCONUT.
          
        Pada mulanya warung ini memang kelihatan agak baru lagi kerana ia akan bakal menyediakan kolam mandi untuk kanak-kanak dan juga akan membina lagi empat buah chalet dan dijangkan kemungkinkan setahun akan siap sepenuhnya. Bagi para pelanggan yang ingin mengunjungi warung ini bolehlah datang ke kampung sungai gatom, Labis, Johor.


GERAI MAKAN WARUNG D-COCONUT

Sebuah Gerai di WARUNG D-COCONUT ini bukan dapat menyediakan juadah makan ringan seperti kuih-muih, makanan ringan seperti kerepek dan keropok, malah turut menyediakan makanan berat yang panas seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Bihun Goreng, Maggi goreng, Maggi Sup, Kuey Toew Goreng, Char kuey Teow dan minuman-minuman seperti Teh O Tarik, Kopi o tarik, Cendol, Air batu Campur dan lain-lain lagi yang disediakan di warung ini.


SEBUAH CHALET WARUNG D-COCONUT

Satu buah Chalet yang nampak kelihatan kecil dan berbentuk tiga segi dari sudut bahagian luartetapi bahagian dalamannya hanya mampu mempunyai ruang yang dimuatkan untuk Dua Orang Sahaja. Chalet ini juga disediakan untuk para pengunjung yang ingin menginap disini. 

Bagi para pelanggan atau pengunjung yang ingin menempah 1 buah chalet ini boleh terus menghubungi no tel pemilik WARUNG D-COCONUT yang tertera dibawah tersebut:

          En. Tukiran Bin Selamat

A) 011-10851641
            @
B) 014-2979106

Bagi kategori Bujang, perlu mengemukankan I/C sahaja dan manakala yang telah berkahwin perlulah bukti perkahwinan seperti sijil pernikahan ataupun dokumen perkahwinan ketika membuat pendaftaran masuk.

Harga bagi satu buah chalet untuk satu malam ialah:

RM35.00 untuk Pengunjung Kali Pertama, manakala RM30.00 pengunjung untuk Kali kedua, kali ketiga dan seterusnya.


BAHAGIAN DALAM CHALET WARUNG D-COCONUT

Bahagian dalaman Chalet ini bukan sahaja telah menyediakan tempat tidur untuk keselesaan para pengunjung selain itu Chalet ini juga turut menyediakan lagi barang keperluan untuk para pengunjung seperti beberapa buah penyangkut baju, sebuah kipas dan juga terdapat sehelai sejadah untuk bagi memudahkan pengunjungyang beragama Islam ketika untuk menunaikan sembahyang di dalam chalet ini.