WARUNG D-COCONUT
SIGNBOARD WARUNG D-COCONUT
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Apa khabar
,hari ini saya akan bercerita tentang tempat yang saya singgah ini dipanggil “WARUNG D-COCONUT” yang terletak di Jalan Zachariah di Kampung Sungai Gatom, Labis 85300 Johor. Warung
ini dipanggil WARUNG D-COCONUT disebabkan keadaan sekeliling warung tersebut
hanya dikelilingi banyak pokok kelapa bukan sahaja hanya beroperasi waktu pagi
sahaja, malah turut beroperasi pada waktu petang sehingga pada waktu malam jam
2300.
WARUNG D - COCONUT
Warung ini telah dibuka pada 2 bulan lepas dan bukan setakat
mempunyai kemudahan seperti gerai, dan kolam ikan untuk memberikan keselesaan
para pelanggan sahaja malahan turut menyediakan kemudahan seperti tandas dan
satu buah chalet bagi para pelanggan menginap di tempat tersebut mengikut
tempoh atas kehendak para pelanggan tersebut.
TERDAPAT SEBUAH KOLAM IKAN BERHAMPIRAN MEJA MAKAN DI WARUNG D-COCONUT.
Pada mulanya warung ini memang kelihatan
agak baru lagi kerana ia akan bakal menyediakan kolam mandi untuk kanak-kanak
dan juga akan membina lagi empat buah chalet dan dijangkan kemungkinkan setahun
akan siap sepenuhnya. Bagi para pelanggan yang ingin mengunjungi warung ini
bolehlah datang ke kampung sungai gatom, Labis, Johor.
GERAI MAKAN WARUNG D-COCONUT
Sebuah Gerai di WARUNG D-COCONUT ini bukan dapat menyediakan juadah
makan ringan seperti kuih-muih, makanan ringan seperti kerepek dan keropok,
malah turut menyediakan makanan berat yang panas seperti Nasi Goreng, Mee
Goreng, Bihun Goreng, Maggi goreng, Maggi Sup, Kuey Toew Goreng, Char kuey Teow
dan minuman-minuman seperti Teh O Tarik, Kopi o tarik, Cendol, Air batu Campur
dan lain-lain lagi yang disediakan di warung ini.
SEBUAH CHALET WARUNG D-COCONUT
Satu buah Chalet yang nampak kelihatan kecil dan berbentuk tiga
segi dari sudut bahagian luartetapi bahagian dalamannya hanya mampu mempunyai
ruang yang dimuatkan untuk Dua Orang Sahaja. Chalet ini juga disediakan untuk
para pengunjung yang ingin menginap disini.
Bagi para pelanggan atau pengunjung yang ingin menempah 1 buah chalet ini boleh terus menghubungi no tel pemilik WARUNG D-COCONUT yang tertera dibawah tersebut:
En. Tukiran Bin Selamat
A) 011-10851641
@
B) 014-2979106
Bagi kategori Bujang, perlu mengemukankan I/C sahaja dan manakala yang telah berkahwin perlulah bukti perkahwinan seperti sijil pernikahan ataupun dokumen perkahwinan ketika membuat pendaftaran masuk.
Harga bagi satu buah chalet untuk satu malam ialah:
RM35.00 untuk Pengunjung Kali Pertama, manakala RM30.00 pengunjung untuk Kali kedua, kali ketiga dan seterusnya.
BAHAGIAN DALAM CHALET WARUNG D-COCONUT
Bahagian dalaman Chalet ini bukan sahaja telah menyediakan
tempat tidur untuk keselesaan para pengunjung selain itu Chalet ini juga turut menyediakan
lagi barang keperluan untuk para pengunjung seperti beberapa buah penyangkut baju,
sebuah kipas dan juga terdapat sehelai sejadah untuk bagi memudahkan pengunjungyang
beragama Islam ketika untuk menunaikan sembahyang di dalam chalet ini.
En. Tukiran Bin Selamat