Sunday 22 May 2016

WARUNG D-COCONUT


SIGNBOARD WARUNG D-COCONUT 


         Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.  Apa khabar ,hari ini saya akan bercerita tentang tempat yang saya singgah ini dipanggil “WARUNG D-COCONUT” yang terletak di Jalan Zachariah di Kampung Sungai Gatom, Labis 85300 Johor. Warung ini dipanggil WARUNG D-COCONUT disebabkan keadaan sekeliling warung tersebut hanya dikelilingi banyak pokok kelapa bukan sahaja hanya beroperasi waktu pagi sahaja, malah turut beroperasi pada waktu petang sehingga pada waktu malam jam 2300. 



WARUNG D - COCONUT

Warung ini telah dibuka pada 2 bulan lepas dan bukan setakat mempunyai kemudahan seperti gerai, dan kolam ikan untuk memberikan keselesaan para pelanggan sahaja malahan turut menyediakan kemudahan seperti tandas dan satu buah chalet bagi para pelanggan menginap di tempat tersebut mengikut tempoh atas kehendak para pelanggan tersebut.



TERDAPAT SEBUAH KOLAM IKAN BERHAMPIRAN MEJA MAKAN DI WARUNG D-COCONUT.
          
        Pada mulanya warung ini memang kelihatan agak baru lagi kerana ia akan bakal menyediakan kolam mandi untuk kanak-kanak dan juga akan membina lagi empat buah chalet dan dijangkan kemungkinkan setahun akan siap sepenuhnya. Bagi para pelanggan yang ingin mengunjungi warung ini bolehlah datang ke kampung sungai gatom, Labis, Johor.


GERAI MAKAN WARUNG D-COCONUT

Sebuah Gerai di WARUNG D-COCONUT ini bukan dapat menyediakan juadah makan ringan seperti kuih-muih, makanan ringan seperti kerepek dan keropok, malah turut menyediakan makanan berat yang panas seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Bihun Goreng, Maggi goreng, Maggi Sup, Kuey Toew Goreng, Char kuey Teow dan minuman-minuman seperti Teh O Tarik, Kopi o tarik, Cendol, Air batu Campur dan lain-lain lagi yang disediakan di warung ini.


SEBUAH CHALET WARUNG D-COCONUT

Satu buah Chalet yang nampak kelihatan kecil dan berbentuk tiga segi dari sudut bahagian luartetapi bahagian dalamannya hanya mampu mempunyai ruang yang dimuatkan untuk Dua Orang Sahaja. Chalet ini juga disediakan untuk para pengunjung yang ingin menginap disini. 

Bagi para pelanggan atau pengunjung yang ingin menempah 1 buah chalet ini boleh terus menghubungi no tel pemilik WARUNG D-COCONUT yang tertera dibawah tersebut:

          En. Tukiran Bin Selamat

A) 011-10851641
            @
B) 014-2979106

Bagi kategori Bujang, perlu mengemukankan I/C sahaja dan manakala yang telah berkahwin perlulah bukti perkahwinan seperti sijil pernikahan ataupun dokumen perkahwinan ketika membuat pendaftaran masuk.

Harga bagi satu buah chalet untuk satu malam ialah:

RM35.00 untuk Pengunjung Kali Pertama, manakala RM30.00 pengunjung untuk Kali kedua, kali ketiga dan seterusnya.


BAHAGIAN DALAM CHALET WARUNG D-COCONUT

Bahagian dalaman Chalet ini bukan sahaja telah menyediakan tempat tidur untuk keselesaan para pengunjung selain itu Chalet ini juga turut menyediakan lagi barang keperluan untuk para pengunjung seperti beberapa buah penyangkut baju, sebuah kipas dan juga terdapat sehelai sejadah untuk bagi memudahkan pengunjungyang beragama Islam ketika untuk menunaikan sembahyang di dalam chalet ini.

Wednesday 27 January 2016

GALERI GAMBAR TREN KARGO DAN TREN PENUMPANG EKSPRES/SHUTTLE (BAHAGIAN II)



LOKOMOTIF IRCON YDM4 NO.6635 & TREN NO.61 SHUTTLE
(DARI GEMAS KE JB SENTRAL)


LOKOMOTIF NO.26113 TANJUNG PUTERI & TREN NO.3622 EMPTY RAKE KARGO
( DARI PASIR GUDANG KE PERLABUHAN KLANG)


LOKOMOTIF NO.25105 PULAU JEREJAK & TREN NO.2 EKSPRES RAKYAT
(DARI JB SENTRAL KE BUTTERWORTH)


LOKOMOTIF NO.25109 PULAU PERHENTIAN & TREN NO.27 SENANDUNG TIMURAN
(DARI GUA MUSANG KE JB SENTRAL)


KITA SAMBUNG LAGI DIBAHAGIAN III

JOM KITA MENANTIKANNYA!



GALERI GAMBAR TREN KARGO DAN TREN PENUMPANG EKSPRES/SHUTTLE (BAHAGIAN I)



LOKOMOTIF NO.29113 NYATOH DENGAN JAJARAN TREN KARGO NO.206 (SUGAR LINER) DARI MSM TAMPOI (JOHOR BAHRU) KE  MSM PRAI (PULAU PINANG)


LOKOMOTIF NO.29104 JATI DENGAN TREN NO.21 EKSPRES PENINSULAR
(DARI HAT YAI KE JB SENTRAL)


LOKOMOTIF NO.26109 TANJUNG PELEPAS
& TREN NO.21 EKSPRES PENINSULAR
(DARI HAT YAI KE JB SENTRAL)



LOKOMOTIF NO.24104 MAT SALLEH & JAJARAN TREN NO.27 SENANDUNG TIMURAN
 DARI GUA MUSANG (KELANTAN) KE JB SENTRAL (JOHOR D.T)

ITU SAHAJA YANG SAYA INGIN KONGSIKAN BERSAMA ANDA SEMUA SEBAGAI PEMBACA DAN PEMINAT-PEMINAT KERETAPI SELURUH MALAYSIA.
LAIN KALI JIKA ADAMA MASA LAPANG AKAN SAYA KONGSIKAN LAGI GALERI DI BAHAGIAN II

   JOM KITA NANTIKAN!



Sunday 24 June 2012

MY RESEPI MINI MURTABAK



RESEPI MINI MURTABAK:


Bahan-bahan: ( 6 keping )
• 100 g ayam/daging cincang 
• 2 biji ubi kentang 
• 1 sudu setengah rempah kari 
• 1/2 biji bawang besar 
• 1 ulas bawang putih 
• Daun sup 
• Minyak masak
• 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto 
• Kulit popia 
• 3 biji telur 
• 1/2  batang labok merah
• Sedia untuk dihidangkan



Cara-Cara Menyediakannya:
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang. 

2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang. 

3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup. 

4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. 

5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. 

6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

# SELAMAT MENJAMU SELERA.

Friday 27 April 2012

LOKOMOTIF KTMB KELAS 26 BLUE TIGER

KTM Kelas 26 (Blue Tiger) adalah satu kumpulan 20 lokomotif dimiliki oleh KTMB.Kumpulan pertama lokomotif telah mula diterima oleh KTM pada Ke 2 Ke Oktober 2003. Menurut kepada keretapi.com, 15 lagi lokomotif akan tiba menjelang akhir tahun ini. Menurut sumber yang sama juga, lokomotif 3300hp ini adalah lokomotif paling berkuasa yang KTMB memiliki. Ia dibina oleh Bombardier, Jerman (Adtranz / General Electric kerjasama) Baru-baru ini Blue Tiger timbul semula sekali lagi dalam akhbar-akhbar arus perdana kerana ia telah digunakan oleh kerabat diraja Johor untuk Program Kembara Mahkota mereka iaitu Program KMJ (Kembara Mahkota Johor) . Bahkan ia lebih baik daripada Kelas 29 Dalian lokomotif.


Spesifikasi:

Jenis lokomotif: DE - AC 33 C

Jenis enjin: GE 7FDL12

Silinder: 12, susunan V 45-darjah

Bore: 228.6mm (9in)

Strok: 266.7mm (10.5in)

Nisbah mampatan: 15,7 kepada 1

Jenis traksi: Diesel Elektrik AC / AC

Motor traksi: 5GEB24

Usaha tarikan: Berterusan - N / A, maksimum - £ 102500 / 456kN

Nisbah gear: 1:4.722 (18:85 salah satu alat)

Voltan kawalan: N / A

Braking System (s): vakum, udara dwi-paip, dinamik

Berat: 120 tan

Beban Gandar: 20 tan max, 18,85 tan min

Loco Kuasa Rating: 3300hp (nominal), 3100hp (tapak)

Kelajuan maksimum: 120km / h (dipakai roda sepenuhnya)

Tolok: 1000mm (meter)

Perkiraan roda: CO-CO

Diameter roda: max 965mm, 890mm min

Panjang Lebih Buffer: 23700mm

Kapasiti bahan api: 5500 liter

Kotak pasir Kapasiti: 240 liter (3 X 80L)


20 Lokomotif Kelas 26 yang dinamakan sempena nama tempat di Malaysia dan bernombor 26101-26120.

Armada (nombor dan nama lokomotif kelas 26):

26101 Tanjung Aru

26102 Tanjung Bidara

26103 Tanjung Dumpil

26104 Tanjung Dungun

26105 Tanjung Gelang

26106 Tanjung Jara

26107 Tanjung Karang

26108 Tanjung Kupang

26109 Tanjung Pelepas

26110 Tanjung Penawar

26111 Tanjung Piai

26112 Tanjung Piandang

26113 Tanjung Puteri

26114 Tanjung Ramunia

26115 Tanjung Rhu

26116 Tanjung Selatai

26117 Tanjung Sepat

26118 Tanjung Tohor

26119 Tanjung Tualang

26120 Tanjung Tuan


Penggunaan:

KTM Antarabandar, KTM Kargo